12 February 2015

Kanak-kanak Mati Terkena Charger Handphone

Assalamualaikum w.b.t...

Semalam. Ye, semalam heboh dengan viral yang satu ni, alkisahnye ade sorang budak-budak gegurl mati sebab masukkan charger handfon dalam mulut dengan keadaan charger tu masih terpasang di plug. Masa iols dapat pic tu cecepat la passing kat hubby (kat hubby je, kat org lain x pun ok) sebab c kecik hero ni pun macam tu jugak, suka benor masuk sebarang jenis wayar ke dalam mulut dia. Maunye tidak, kalau jadi kat anak iols harus iols jadi gila. Tapi SEBENARNYA itu semua adalah PALSU!!!! palsu weh plasu. Paham tak? Makananya tak betul la tu. Tak lama lepas iols dapat pic psl charger tu, maka muncullah seorang kawan iols jadi heroin cerita & mengatakan kisah sebenarnye pasal gambar tu. Acaner tu? Acaner boleh muncul dan terjadi kisah charger tu? Padahal alkisah yang betul nya lain wallaweh. Alkisah yang betulnya kononnya kanak2 ni merupakan mangsa keganasana rejim Bashar Assad. Ada yang cakap ni adik dengan abang, Ada yang cakap ni ayah dengan anak. Wallahua'lam. So moral of the story, jangan ngengada nak passing2 kalau tak tau asal usulnya (cakap dalam cermin jugak ni). Tapi ape pun,mungkin benda tu still boleh dijadikan peringatan untuk weols yang suka  biar charger terpasang macam tu je dengan kehadiran kids kat rumah. Cuma gambar tu boleh la diletakkan "sekadar hiasan" kannnnn. So, tak ada la orang nak kaitkan dengan gambar tu. Tak match pulak cerita dengan gambar uols.

viral palsu yang tersebar mengatakan kanak2 ini mati terkena renjatan elektrik

11 February 2015

Majlis Aqiqah MQK


Assalamualaikum...

Dah lama terperam entri ni. Sebenarnye majlis ni berlangsung pada 1 Febuari yang lepas. Ye, dah lebih seminggu. Tak sempat nak update sebab lepas majlis tu kitorg semua balik kampung kat pahang...balik kampungggg oooooo balik kampung... Ni pun baru je balik semula ke Tawau hari isnin yang lalu. 
Alkisahnye anak mama yang sorang ni dah selesai dah majlis aqiqah dia. Cuma iols tak berpuas hati sikit dengan majlis ni sebab bagi iols, weols spent more than it should be for Aqiqah. Masa balik kampung, iols story-mory kat my family about the $$$ that we spent on this majlis and they were shock to death (amik ko merapu abih dah). Haruslah terkejut giler sebab my abah said the spent is almost same for the angah wedding last August. Tapi iols tak boleh nak kata apa sebab iols tak buat majlis tu kat umah iols. Alasannya area rumah iols tu sgt ssh nak parking kereta utk guest. Weols bagi MIL yang uruskan semua. So pengajarannya lepas ni, iols tak akan sesekali buat dah majlis kat umah MIL sebab cost yang di keluarkan 5x ganda dari yang sepatutnya. 
Selain dari itu iols juga tak berapa berkenan dengan adat2 mereka ini. Biar gambar berbicara ye. Tapi disebabkan ni adat diorg dan MIL iols kata mesti buat so iols sebagai DIL terpaksa la ikut. Ustaz kata yang penting kita jangan percaya,ye tak?hehehe. Iols buat sekadar nak jaga hati orang tua. Disebabkan terlebih bajet dalam perbelanajaan majlis ni jadi iols berbelah hati nak buat pelamin aqiqah yang dari awal lagi iols dah survey & dah pergi andaman pun untuk tempah dan bincang. Encik hubby kata ambik je la, tapi iols dah tak rasa syok dah nak ambil andaman. So, iols buat je la ala kadar dengan bertemakan rustic. Tu pun encik hubby berhempas pulas tolong buat panel pada malam majlis. Cuma hasilnya kurang menyerlah sikit sebab ada few things yang miss. Jom tengok gambar2 kat bawah ni...
ni la hero di hari kejadian.genap umur 8 bulan kami buat aqiqah dia(alamak lupa nak edit mata)