Assalamualaikum wbt...
Ahha... Seperti yang uols tau rutin mencuci muka itu adalah wajib seperti wajibnya kita mandi tiap hari. Ehhe...x wajib pun mnadi tu tapi wajib kita jaga kebersihan diri,ye dak? Kannnn... Ok, biasanya iols cuci muka ala kadar je. Maksud iols adalah, picit pencuci muka ats tapak tangan, buih2 kan, dah tonyoh2 kat muka. Siap...tada!!!! I bet uols mesti gitu jugak kennnnn. Ok,kita geng!! Tapi tu dulu. Sekaramg tak dah. Dah tobat katanye. Iols suruh robot yang cucikan. A’ah, robot. Uols ingat iols kaya nak beli robot semata-mata nak suruh cuci muka je? Apekejadahnye semua itu.
Okey la, untuk pengetahuan uols, sesungguhnya iols cuci muka guna berus muka yang memang special tau. Nama dia Pobling Pore Sonic Cleanser.
Alkisah iols tertarik nak pakai berus bagai ni lepas nampak philips punya berus cuci muka tu tapi harganya alahaiiiiiiii...boleh miskin iols kalau beli berus utk muka je dah nak sampai seribu. Memang tak la walaupun masa mula2 nampak tu terus nak tak kira bape hengget pun. Pastu iols pun google2 la cari siapakah gerangan syarikat yang ada menjual yang seangkatan dengannya tapi tak sampai membocorkan kocek iols. Cari punya cari iols jumpa ini dan beberapa yang lain la tapinya tapi iols suka yang ni..sebab?
1. Yg ni 6th generation punya wooo... Maknanya dai dah ada 5 generation sebelum ni and mesti kebabom dah, kalau tak takkan sampai 6th egneration diorg keluarkan
2. Lebih kecil saiz dia berbanding berus2 yang lain tu. Yup, memang kecik weyh. Sama macam saiz berus gigi yg pakai bateri tu. Sorry la, x tau nama dia.
3. Ni produk korea. Dah tu kenapa kalau korea? Sebab diorang memang pakar dalam bab2 kecantikan ni ye tak? Murah plak tu..
Harga dia sebenarnya berbeza mengikut penjual. Yang iols beli ni kalau x silap RM24.90..campur posatge ke Tawau total dia cuma RM36.80. Iols beli kat carousell,seller tu nama dia Thekitty. Iols dah banyak survey. Ada yang kata harga asal Pobling ni RM160. Wallahualam. Ada yang bagi diskaun bagai tapi dah diskaun pun dalam RM60 gitu. Rata2 yang jual Pobling ni dalam harga RM40-60. Pandai2 la cari kalau nak murah kan. Dan yang penting, psatikan ORIGINAL!!! Tapi kalau walk-in mungkin mahal la kot. Masa iols beli tu pun harga diskaun. Rezeki iols la dapat murah.
Meh kita tengok apa keistimewaan dia:
- Contains 150000 micro fine brushes
- 10000 sonic vibrations per minute to maximize facial cleansing
- Water proof
- Removes make-up better than manual cleansing
- Leaves skin feeling and looking smoother & softer
- Minimizes the appearance of visible pores
- Removes impurities that keep creams and serums from working their best
- Reduces oily areas, dry skin,??patches and blemishes
- Portable for home or travel use
- Head replacement
- 1 AAA battery
Sorry la iols tak terjemahkan ke dalam BM. At the time iols buat review ni iols baru pakai 2x, malam tadi dan pagi tadi. Memang best. Baru ku faham apa itu erti cuci muka..hehehe. Muka terus rasa licin, tak tau ke mana menghilang gerutu2 dek blackheads & whiteheads tu. Muka terasa best sangat sebab Pobling ni urut2 muka kita dan melancarkan perjalanan darah di muka.
Jom tengok apa pobling ni boleh buat.. Gambar ni iols curik kat pakcik google. Maaf la, tak sempat nak buat sendiri.
Nah, ni antara gambar yang berjaya memikat hati iols. Kalau nak percaya lebih, cari kat youtube, ada juga video theyols buat. Tapi kalau tak percaya jugak, boleh request iols untuk iols buat video khas untuk uols.
Manual vs Pobling |
Cara2 pemakaian.. |
Hasil selepas menggunakan Pobling Pore Sonic Cleanser |