Assalamualaikum wbt..
Dah kenapa orang zaman sekarang? Semua sibuk nak putih. Tak cantik ke kalau tak putih? Kajol tak putih mana pun, cantik je. Ahaks, iols pun gitu uols. Tak putih mana pun. Pastu sibuk nak beli produk pemutih bagai. Ahaks, yang tu iols tak terlibat. Hahaha, tapi baru2 ni iols terlibat dalam membeli produk pemutih..hehehe. Produk yang iols maksudkan adalah losyen daripada Vaseline. Ha, siapa tak kenal vaseline kan. Iols tak suka pakai losyen sebab iols rasa losyen ni melekit2. Dulu iols pernah beli 1 jenis losyen ni, yang jenamanya setaraf vaseline ni jugak. Tapi iols ambik masa 3 tahun nak abihkan 1 botol saiz sederhana. Nampak tak kat situ betapa iols tak suka pakai losyen. Rimas uols....rimas. Eyh, tadi kata ade beli losyen baru,ni kata rimas plak? Macam mana ni?
Macam ni ceritanya, orang selalu cakap tangan iols lembut, pastu theyols tanya iols pakai losyen ape. Eyh, memang iols tak pakai losyen. Tangan iols lembut secara semualajadi sebab iols punya tangan ni jenis yang keluarkan peluh @ sentiasa basah 24jam tuh. Apekejadah la namanye tu. Yang terlebih kelenjar peluh tu. Tapi bukan tahap kritikal macam kawan iols yang terpaksa buat minor surgery untuk kurangkan masalah tangan basah tu. Mana tak nye, asyik kena pegang sapu tangan je. Dah la lelaki,tak ke naya?hahaha. Iols punya tangan ni dia basah dalam kadar yang bagus sebab dia melembabkan tangan iols. So, automaticly tangan iols lembut je. Tak payah pakai losyen bagai. Tapi sejak kerja ni, duk dalam aircond dari pagi sampai petang, kulit iols jadi kering. Pastu kadang2 iols kena keluar di abwah terik matahari. Makanya, kedua-dua keadaan tersebut telah memaksa iols pakai losyen. Mula2 iols nak beli produk losyen kat kedai online tp setelah difikirkan pros & cons akhirnya tak jadi. Belek punya belek kat pakcik google akhirnye iols memilih untuk pakai losyen vaseline ni. Produk yang di jamin selamat @ bermutu. Eheh,bukan nak kata yang lain tak bermutu cuma kalau produk online yang lain tu susah skit nak dapat bekalan. Ha, kalo vaseline ni berlambak kat Guardian & Watson tu. Harga pun murah je. Alahai, tak berpa nak ingat plak. Iols beli yang 100ml ni tak sampai sploh hengget pun. Kan senang nak beli kalau abih,ye tak? Ha, kan....uols pun setuju dengan iols kan. Meh kita tengok skit ape yang ade kat losyen ni.
Uols mesti dah tengok kan iklan dia kat tv tu. Ala, yang kat dalam train tu. Ish,diorg tak tipu tau. Memang skali sapu je terus putih. Iyeeeee,iols dh try. Tak caye tengok pic iols bagi ni. Kan? Tak tipu kan? Haaa, sebabnye boleh jadi kejadian itu adalah kerana kehadiran Skin Micro Reflector. Losyen ni ade 3 fungsi, Instant Fair, Triple Sunscreen, & Skin Micro Reflector. Losyen ni tak melekit, serius weh. Iols kan tak suka benda melekit2 ni. Kalau benda ni melekit, tak de nye iols nak beli. Mudah meresap kedalam kulit. Iols sapu x sampai 10saat pun dah meresap dalam kulit. Bila pakai tu, kulit rasa moist je. Bau dia, super duper best iols cakap. Jom i belanja pic...
Bole pakai kat muka ke?
ReplyDeleteBole pakai kat muka ke?
ReplyDelete