Ha, dengar je pun dah kecur air liur. Terutamanya korang2 yang dah pernah rasa ni kan. Yang tak pernah rasa ni, terpinga-pinga la korang memikirkan apekejadahnye tu. Entah2 sekarang tengah tanya Prof. Google. Dah, tak payah nak google sangat la. Meh sini aku citer sikit.
Kenapa nama dia samabal hitam pahang? Sebab.....dia sejenis sambal...berwarna hitam..berasal dari pahang. Ha, kan senang tu. Mak aku orang Perak, tapi Abah aku pure org Pahang. Orang Jerantut weh. Aokmer tau x? Tak tau, tanya Prof.Google kesayangan semua tu ha. Aku dari kecik-kecik lagi memang ini la makanan feberet aku selain ayam masak merah, gulai tempoyak, segala jenis makanan masak lemak cili api, panggang2, asam pedas...eh dah..dah..kalau aku list semua makanan feberet aku samapai ke sudah tak habis. Lain nak dicerita lain pulak diceritanya.
Meh aku belanja gambar samabal hitam yang mak aku buat. Gigih adik aku ambik gambar dengan berdirektorkan aku dari dalam whatsapp. Nasib ko la Fathin.
Gambar dalam ni semua aku punya tau. Aku tak curi/pinjam dr Prof.Google.
Sambal ni rasanya masam + masin + pedas. Sekali makan mesti nak lagi. Pastu malam2 mesti ko termimpi-mimpi. Percaya la cakap aku. Bagi aku sambal ni berhantu. Kalau aku dah ngadap sambal ni, mak mentua lalu pun tak sedar beb. Aku boleh makan sambal ni sahaja dengan nasi putih. Tak payah lauk lain. Boleh 3-4 pinggan aku makan. Dulu,kami-kami org pahang dgn sedara mara or kawan terdekat je yang tau kewujudan sambal ni. Tapi dengan kewujudan teknologi zaman sekarang ni, semua orang kenal dah dengan sambal ni. Sambal ni dah jadi viral. Tapi tak ramai yang tau cara buat sambal ni. So, dalam ni aku akan kongsikan resepi sambal ni. Resepi dia sangat2 mudah. Jom tengok resepi dulu, nanti aku sambung cerita semula. Ni untuk sekali hadap je ni.
Bahan-bahan
Ikan bilis (cuci bersih)-segenggam
Belimbing hitam (belimbing buluh rebus)*-10ulas
Cili api/Lada Kecil *-ikut suka hati..nak pedas letak banyak
Bawang merah*-4 biji
Bawang besar (potong bulat2)-1 biji
Cara masak:
1. Tumbuk atau blendkan semua bahan bertanda * di atas.
2. Panas minyak dalam kuali.
3. Goreng ikan bilis. Tak payah garing sangat takut nanti jd liat plak.
4. Angkat ikan bilis tadi dan toskan. Letak tepi dulu.
5. Tumis bahan * yg dah di tumbuk tadi tu sehingga sedikit garing.
6. Masukkan ikan bilis. Gaul2 bagi sebati. Siap.
7. Makan laaaa....
Nota penting!!! Jangan tambah garam!!!!!
Okey, jumlah bahan yang aku bagi tu anggaran je. Itu untuk berapa org makan? Hmm, kalu aku, aku sorg je kot. Hahaha... Lagi satu, korg boleh tumbuk ikan bilis tu,atau macam makcik aku dia blend kan skali dgn bahan2 tumis tu.. Kalau aku, aku biar je sekor gitu. Sebab tu aku selalu ratah sambal tu. Sekor2 aku kutip bilis tu sampai licin. Aku pernah tengok beberapa blog yg ada share resepi ni tapi aku ade sikit nak komen la. Ade orang (even my neighbor did that) letak kicap untuk jadikan hitam. Owh my... Sebenarnye sambal tu hitam bukan sebab kicap or ape2 pewarna tau. Sambal tu semulajadi hitam disebabkan oleh belimbing tu. Belimbing tu telah direbus selama 8 jam (mak aku punya style sbb nak bg tahan lama.. bila aku kata lama...i mean YEARS). Dalam gambar yg aku tepek tu dah lengkap dah bahan2 yg diperlukan. Korang save je gambar tu kalau nak resepi.
Keistimewaan sambal tu terletak pada belimbing buluhnya. Family aku (mak aku, arwah wan aku, pakcik makcik aku) akan rebus belimbing tu dalam tin minyak or biskut tu. Rasionalnye sebab bila ko rebus pakai periuk,aku jamin periuk korang jahanam. Sebab belimbing ni bersifat asid!! Bocor weh, lepastu seksa nak cuci. So kalau pakai tin, lepas rebus boleh hayun campak jauh2. Atau alternatif lain, pakai claypot atau periuk tanah liat bahasa orang kampungnya. Tapi sebelum rebus tu, mak aku akan lapik dasar ‘periuk tin’ dia tu dengan bilah buluh yang disusun rapat bagi mengelakkan belimbing tu melekat kat dasar. Rugiiii.....rugiiiii...
Proses merebus belimbing ni tak payah letak air macam ko nak rebus pucuk ubi. Ko cuma letak je belimbing dalam tu dan taburkan garam (sebagai bahan pengawet) dan rebus dengan api perlahan. Rebuslah sampai dia bertukar warna coklat. Pastu rebus lagi sampai jadi hitam. Pure hitam weh, mcm warna kicap. Yup! Semasa proses merebus belimbing ni, dia akn mengeluarkan air dia sendiri. Air tu korang jangan buang pulak!!! Zaman2 GST ni jangan nak buang barang sesuka hati! Ambik air tu dan simpan. Itu la air asam namanya..... Sedap dibuat cicah dengan ikan bakar...fuhh..meleh air liur weh.
2 tahun lepas tak silap aku, masa kami satu family balik kampung abah, tiba2 mak andak bagi kami belimbing hitam 1 bekas. Dia kata “nah, arwah mak yang buat ni’. Aku melopong. Sebab apa? Sebab arwah wan (nenek aku laa) dah meninggal 4 tahun yang lalu!!!! Dan belimbing tu aku tgk cantik giler! Takde cacat cela! Mahupun rosak, buruk atau seangkatan dengannya. Aku memang tabik spring la kat orang dulu2 yang gigih dalam bab2 menyediakan benda2 gini. Mak aku kalau buat, dia guna api dr kayu api. Eyh, betul ke apa aku cakap ni? Maksud aku,dia x pkai dapur gas. Di g peridupkan api kat kayu api kat luar,untuk rebus belimbing ni. Katanya, walau moden macam mana pun zaman sekarang, dia tetap nak gunakan cara tradisional dalam menyediakan belimbing hitam ni. Rasional? Nak jimat gas la kot. Hahaha. 8 jam weh nak merebus. Rebus pagi petang baru siap.
Sekarang mak aku dah buat bisnes sambal hitam dah. Dah tu nye, orang asyik mintak je dgn dia sambal hitam. Jadi dia jual la. Ikan bilis mahal skrg ni, cili api pun mahal, belimbing susah nak dapat dan susah nak proses! So,wajarlah dia jual. Dia guna resepi original yang dia belajar dari mak mertuanya, merangkap wan aku. Makcik2 aku pun jual jugak. Kami adik beradik jadi ejen mak. Jimat. Hahaha.. Aku jadi supplier ikan bilis mak. Mak punya sambal hitam guna ikan bilis special import dari Sabah! Guna ikan bilis Sabah weh..lagi tepat lagi ikan bilis Tawau, yang terkenal dengan finest & highest kualiti. Jangan main-main. Hehe.. Kawan2 skolah aku pernah rasa air tangan mak aku ni sebab aku sll bawak balik hostel. Bila diorg tau mak aku jual, laju je memasing mengangkut buat stok kat rumah. Samabl hitam pahang mak aku boleh athan seminggu,tanpa perlu simpan peti sejuk. Kalau simpan peti sejuk lagi lama. Nak makan, preheat je kat microwave.
Siapa nak order boleh WhatsApp aku kat no 014-9879398. Atau boleh tengok kat fb mak aku Hamimah Mat Yatim.