10 December 2016

Bio-Oil review tak berbayar..review ikhlas ko..



Assalamualaikum…

Beberapa bulan yang lalu, aku ada cakap nak buat review pasal Bio Oil. Masa tu aku baru cuba try test bio oil. Aku bukan pakai untuk hilangkan stretch mark ke ape eyh. Aku pakai untuk dryness kat kaki aku yang teramat teruk, kesan daripada pemakaian simen kaki selama sebulan. Ye la, sebulan kaki aku tak bernafas. Kulit dah macam sisik ular. Someone suggest kat aku untuk pakai ini, budak yang buat scrub kat kaki aku yg suggest sebenarnya. Aku pun ikut je la sebab masa tu memang desperate giler nak kena pakai something on my feet.

Aku beli kat Guardian Store, harga aku lupa. Kalau tak silap dalam RM27 kot, 60ml. Aku ambik yang kecik je. Nama pun nak try kan.
Nak dijadikan cerita, after 2 weeks, aku sangat-sangat berpuas hati hasilnya. Aku pakai pada dua-dua kaki aku, walaupun yang ada masalah cuma kaki kanan aku je. Seumur hidup dewasa aku, yang aku ingat, tak pernah aku ada kulit selembut dan secantik ini. Hehehe. Kulit aku memang supple giler. Hari-hari aku duk pegang-pegang, mcm kulit baby dah aku rasa. 

Masa mula2 pakai tu, kulit aku mengelupas. Geram je aku tengok kulit mengelupas tu, dalam diam-diam aku duk tarik2 kulit tu bagi tercabut. Tapi hanya kaki yang ‘rosak’ tu je yang mengelupas. Kaki yang sebelah lagi tak pun. Kaki sebelah tu aku pakai sebab aku nak hilangkan kesan parut gatal2 yang terjadi masa aku pakai simen kaki tu. Aku rasa dia kena gatal2 sebab selalu bergesel dengan simen kaki sebelah, memang habis aku garu. Last2, tinggal parut berbintik2, padan muka. Tapi sekarang, parut tu pun dah hilang. Thank you bio-oil. Dia suh pakai dua kali sehari. Tapi aku pakai sekali je sehari sebab aku ni pelupa orangnya. Aku letak kat laci meja opis, so pagi-pagi asal aku buka laci mesti aku nampak dia. Terus aku ambik dan pakai. Bila malam, memang takde la aku  pakai sebab benda tu memang aku tinggalkan kat opis. Lagipun masa mula2 aku simpan kat rumah tu, aku asyik skip je pakai. Tu yang membuatkan aku letak kat opis sebab aku tau kalau kat opis semangat rajin  tu lain macam sikit.

Aku recommend sangat la bio-oil ni kalau korang ada masalah kulit kering dan seangkatan dengannya. Sekarang ni aku baru nak pakai smula, untuk my cumil2 tummy. Sebab baby kat dalam makin besar, so dah tiba2 ada strech mark mula untuk membentuk. Harap berkesan la untuk mengurangkan strech mark..huhu..mak x suka tengok peyut ada strech mark..huduh...
 
OK, bye...

*nk upload gambo tapi x lepas...nanti aku try lagi eyh..tata titi tutu..

01 July 2016

DOKUMEN PERJALANAN TERHAD





Oklah, entri sebelum ni dah janji nak bagitahu macam mana cara nak dapatkan DPT (Dokumen Perjalanan Terhad). Jom kita buat seringkas mungkin tapi padat. Macam la terer bebenor. Saya cuba sediakan maklumat yang diperlukan sebaik mungkin ya. Ini berdasarkan pengalaman sendiri dan juga sedikit kaji selidik dengan encik2 dan puan2 imigresen..

Apa itu DPT?
  •  Nama panjangnya adalah DOKUMEN PERJALANAN TERHAD 
  •  Penggunaannya terhad untuk keluar masuk Sabah dan Sarawak sahaja. Kalau nak keluar  Malaysia, sila buat buku merah @ Pasport Malaysia ya (Brunei lain kes. Ada DKP utk Brunei)
  • Dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
  • Boleh didapatkan dimana-mana Jabatan Imigresen seperti yang tersenarai di sini.
  • Tempoh sahlaku selama 5 tahun. Boleh renew selepas 5 tahun.
Siapa yang memerlukan DPT?
  • Warganegara Malaysia yang merupakan orang Semenanjung.
  • Ingin berkhidmat / bekerja / menetap di Sabah
  • Pasangan merupakan Sabahan dan anda ingin menetap di Sabah (macam saya)
  • Pelajar? (mengikut pengalaman saya, pelajar tidak semestinya memerlukan DKP ni. Sepanjang 4 tahun sya bergelar pelajar di Sabah, saya dan rakan2 menggunakan kad pelajar/kad matriks sebagai pas untuk keluar masuk Sabah.


Dokumen yang diperlukan?

  •  Melengkapkan ini: borang Pasport Malaysia (IM.42) yang boleh didapati di kaunter pejabat passport atau boleh muat turun sendiri, print sendiri. Klik je link tu. Print atas kertas A4, depan belakang ya. 
  •  Salinan kad pengenalan pemohon 
  •  Gambar berukuran pasport 2 keping 
  •  Setem hasil yang dimatikan (maksudnya adik2, pergi  Pejabat Pos cakap kat diorg nak beli setem hasil, pastu pergi LHDN cakap kat diorg nak matikan setem hasil. Annti diorang bagitau apa borang yang kena isi dan mana kaunter nak dituju. Sekejap je ni kalau tak ramai orang) 
  • Mykad/kad tentera/kad polis/kad pengenalan sementara (jika berumur melebihi 12 tahun) 
  • Sijil lahir (kalau umur 12 tahun ke bawah) 
  •  Diri sendiri (tak boleh main wakil2 ye)

Bayaran?
  • RM5
1.        

DOKUMEN PERJALANAN TERHAD – tampoh pass lawatan dah tamat!!!




Wahai rakyat Malaysia sekalian… tahukah anda bahawasanya anda dikehendaki menyediakan pas perjalan sekiranya anda ke Sabah? Ya betul, Sabah, yang merupakan salah satu negeri di dalam Malaysia. Sarawak? Pun sama. Tapi aku nak cerita yang Sabah sahaja ya sebab sekarang ni aku menetap di Sabah. Kot2 esok lusa aku menetap kat Sarawak , baru aku cerita pasal pas untuk Sarawak pula ya. Sesiapa sahaja warganegara Malaysia yang menjejakkan kaki ke Sabah akan menerima slip kecil comel molek macam saiz slip resit yang korang dapat kat pasar raya tu ha. Cuma dia lebar sikit je. Kat slip tu dia akan bagitahu korang bahwa korang hanya dibenarkan menetap di Sabah selama 90 hari sahaja dengan slip tu. So bila korang dapat slip tu di airport, jangan memandai-mandai kerenyuk campak merata macam yang selalu korang buat dengan resit pasar raya korang tu. Kalau tak, jenuh la korang berjawab kat imigresen bila korang nak keluar dari Sabah. Bila nak balik semula tempat korang, dengan kata lain nak keluar dari Sabah, sila kemukakan slip tu bersam-sama IC korang di kaunter imigresen airport. Ini untuk kes yang dating kejap-kejap je macam yang kaya datang melancong2 atau melawat sanak saudara yang menetap disini.
Untuk yang menetap disini, seperti mencari rezeki disini atau berkahwin dengan Sabahan yang ensem2 macam kes aku, korang adalah dinasihatkan untuk membuat satu buku passport domestic berwarna biru. Nama buku tu DOKUMEN PERJALAN TERHAD-DPT (sila rujuk gambar). Untuk dapatkan buku ni kena bayar ye adik akak sekalina. Bukan free. Masa aku buat tu tahun 2014, RM5 untuk tempoh 5 tahun. Murah je. Buku tu sebijik macam passport international yang merah tu,warna je lain. Bak kata Kaka “buku merah jangan lupa bawa..”..eheh..tak mampu hakak nak nyanyi deknon,kang banjir. Masa mula2 pakai buku tu,korang akan di cop notis 90 hari, sama macam dalam slip tu. Pastu, korang kena pergi imigresen sekiranya korang berniat nak menetap kat sini. Untuk menetap di sini,kena ada jaminan/penjamin. Macam aku, diseabbkan aku berkahwin dengan warga tempatan Sabah, maka penjamin aku adalah suami aku sendiri. Manakala yang bekerja, majikan mesti jadi penjamin korang. Untuk yang bekerja, korang tak payah susah-susah uruskan. Company/jabatan korang yang akan uruskan. Macam aku pun, aku bekerja jugak. Mula-mula company aku nak jadi penjamin. Diorang nak dpatkan permit bekerja (macam foreigner dah aku rasa). Dah 2 tahun aku uruskan, tapi tak siap2. Aku memang kerap fly balik. Setiap 3 atau 4 bulan aku mesti terbang balik. Huwahaha. So bila aku nak balik, aku mintak la DPT aku. So ejen tu tak sempat siapkan, dia bagi je DPT tu kat aku. Tapi, DPT aku tu dah di cop SPECIAL PASS. Ahad ni aku nak balik kampung untuk beraya. Kes yang sama jadi lagi. Aku punya permit tak siap. So, ejen tu minta RM50 kalau nak uruskan . Tak hinging aku nak bagi free2 je kat diorg. Dah lama aku bg DPT aku kat diorg tapi tak siap2. So, aku decide untuk uruskan sendiri.
Semalam, aku pergi imigresen. Bila sampai di imigresen, aku cerita la kat kaunter pelanggan dia tu. Congcang congcang cingcong,then pegawai tu suruh suami aku jadi penjamin, senang. Eheh..hari tu diorang jugak suruh majikan jadi penjamin. Aku pun ok je la. Lagi senang kan. Tapi disebabkan tak sempat dah nak uruskan semua tu, dia cuma minta salinan tiket flight dan salinan IC untuk diorg bg cop SPECIAL PASS. Haru jugak la aku di buatnya nak kena turun plak print tiket flight. Nasib baik sebelah bangunan gov ni ada tempat nak online & print bagai. Sekejap sangat urusan,5 minit siap. Tak sampai kot 5 minit.
Untuk suami jadi penjamin, dokumen yang diperlukan adalah:

  • ·         SURAT IRINGAN DARI SUAMI/JABATAN
  • ·         SALINAN MYKAD PEMOHON & PENGANJUR (penganjur tu en.somi lerr)
  • ·         BUKTI PERTALIAN (SURAT KAHWIN/SIJIL LAHIR) (kalau anak,kemukakan sijil lahir ye)
Aku rasa, kalau jabatan jadi penjamin sama je kot dokumen yang diperlukan.
Walaupun kita 1 Malaysia, tapi di Sabah kita adalah warga asing..eheh,boleh ke aku cakap macam tu? Ye la, aku pernah skali tu,expired dah pass aku, aku langgar je imigresen. Bising pegawai imigresen kat airport tu, siap panggil bos dia. Even suami aku pun bengang dengan prosedur ni semua. Terasa macam orang asing betul bininya. Hahaha..tu la, kera di hutan disusukan, anak dirumah dibiar kelaparan..
Lupa nak bagitahu. Untuk warga semenanjung, kita perlukan pass untuk masuk Sabah dan juga Sarawak. Tapi mereka tak perlukan sebarang pass untuk masuk semenanjung. Ya, betul tu. Manakala untuk memasuki Sarawak, orang Sabah pun kena guna pass, bukan org semenanjung je ya. Hanya Sarawakian sahaja yang bebas bergerak di Negara ini. Nanti aku cerita macam mana nak buat DPT ni ya. TAMAT.