01 July 2016

DOKUMEN PERJALANAN TERHAD





Oklah, entri sebelum ni dah janji nak bagitahu macam mana cara nak dapatkan DPT (Dokumen Perjalanan Terhad). Jom kita buat seringkas mungkin tapi padat. Macam la terer bebenor. Saya cuba sediakan maklumat yang diperlukan sebaik mungkin ya. Ini berdasarkan pengalaman sendiri dan juga sedikit kaji selidik dengan encik2 dan puan2 imigresen..

Apa itu DPT?
  •  Nama panjangnya adalah DOKUMEN PERJALANAN TERHAD 
  •  Penggunaannya terhad untuk keluar masuk Sabah dan Sarawak sahaja. Kalau nak keluar  Malaysia, sila buat buku merah @ Pasport Malaysia ya (Brunei lain kes. Ada DKP utk Brunei)
  • Dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
  • Boleh didapatkan dimana-mana Jabatan Imigresen seperti yang tersenarai di sini.
  • Tempoh sahlaku selama 5 tahun. Boleh renew selepas 5 tahun.
Siapa yang memerlukan DPT?
  • Warganegara Malaysia yang merupakan orang Semenanjung.
  • Ingin berkhidmat / bekerja / menetap di Sabah
  • Pasangan merupakan Sabahan dan anda ingin menetap di Sabah (macam saya)
  • Pelajar? (mengikut pengalaman saya, pelajar tidak semestinya memerlukan DKP ni. Sepanjang 4 tahun sya bergelar pelajar di Sabah, saya dan rakan2 menggunakan kad pelajar/kad matriks sebagai pas untuk keluar masuk Sabah.


Dokumen yang diperlukan?

  •  Melengkapkan ini: borang Pasport Malaysia (IM.42) yang boleh didapati di kaunter pejabat passport atau boleh muat turun sendiri, print sendiri. Klik je link tu. Print atas kertas A4, depan belakang ya. 
  •  Salinan kad pengenalan pemohon 
  •  Gambar berukuran pasport 2 keping 
  •  Setem hasil yang dimatikan (maksudnya adik2, pergi  Pejabat Pos cakap kat diorg nak beli setem hasil, pastu pergi LHDN cakap kat diorg nak matikan setem hasil. Annti diorang bagitau apa borang yang kena isi dan mana kaunter nak dituju. Sekejap je ni kalau tak ramai orang) 
  • Mykad/kad tentera/kad polis/kad pengenalan sementara (jika berumur melebihi 12 tahun) 
  • Sijil lahir (kalau umur 12 tahun ke bawah) 
  •  Diri sendiri (tak boleh main wakil2 ye)

Bayaran?
  • RM5
1.        

6 comments:

  1. Good info. Baru tau nak menetap sabah kene ada buat DPT. Btw, dah ada pasport pon still kene buat lagi DPT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah ada pasport international yg buku merah tu, xde DPT pun takpe. Diorang akan cop di pasport tu.Tapi tempoh yg dibagi tetap 3bulan (90hari) je. Kalau kita datang sekadar utk lawatan sekejap2 je takpe la. kalau kerja, atau ikut husband/wife, kena ada permit or jaminan dari pasangan. Saya masa mula-mula ke Sabah pun pakai pasport sebab kebetulan ada pasport time tu. Bila pasport expired, baru buat DPT sebab kos jauh lebih murah. Cuma DPT ni utk dalam malaysia je la boleh pakai.

      Delete
  2. kak klau da ada dpt to...tpi ta buat lg pass jaminan lepas ke klau naik flight...sye kwin dgn org sabah gak...n menetap kt sni..klau buat pass to tkut ta smpat plak utk blik rya nir...

    ReplyDelete
  3. Klau DPT gna utk prjalanan darat dari sabah ke sarawak melalui brunei blh x? Tp x brmalam d brunei pn just lalu n kluar tarikh yg sama hri yg sama tq

    ReplyDelete
  4. Klau DPT gna utk prjalanan darat dari sabah ke sarawak melalui brunei blh x? Tp x brmalam d brunei pn just lalu n kluar tarikh yg sama hri yg sama tq

    ReplyDelete
  5. mksudnya kalau saya apply DPT, saya boleh menetap kat sabah 5 tahun tanpa masalah kan, after 5 tahun baru renew untuk terus stay betul tak bro?

    ReplyDelete