21 April 2014

Kek Lapis Pandan ~ Pandan Layer Cake

Assalamualaikum wbt readers...kisahnye arini i nk share resepi dgn uols yg i buat malam tadi..sekejap je licin. Ade plak yg komen dia dapat makan sikit je. Mak suruh buat lagi arini. Ya ampun mak...along x larat la..haha..adoiii..nah la uols,cube uols plak buat pastu hantar kat i okey..so,i x payah dah la buat..haha..sedap uols kek ni...rugi x buat..sila..sila..

BAHAN2 UNTUK KEK :-
5 biji telur gred A
160g gula
125g tepung gandum*
1 camca teh baking powder* (disatukan dan diayak)
75g minyak jagung
15g ovalete
1 camca teh paste pandan
2 camca besar susu segar/cair

BAHAN UTK KASTARD :-
1050g santan
225g gula
10g serbuk jelly
1 camca teh paste pandan
100g tepung Hoen Kwee (hijau)
75ml jus pandan (kisar 4 helai daun pandan dgn 75ml air kemudian tapis)
Secubit garam

Cara-cara
1. UNTUK KEK :- satukan telur,ovalette, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.

2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam loyang berukuran (8x8x3) inci yg telah di sapu dgn mentega. [yg ni i sapu minyak..sonang sket i nk sapu2 kat loyang tu..]

3. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 selama 30mnt. Bila masak keluarkan kek dr oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhgian tepi kek sehingga menjadi 7x7 inc. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.

4. UNTUK KASTARD :- satukan semua bahan2 untuk kastard di dalam bekas tahan panas. Masak di ats air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum di lapis dgn kek.

5. UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN :- gunakan loyang 8x8x3 inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dengan sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lg 1/3 kastard dan lapiskan dgn sekeping kek lagi. Ratakan biar memenuhi bhgian yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan memudian kastard dan di akhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.

6. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.

7. Bahagian yg berkastard tu di atas dan kek di bawah. Ini bermakna kek ini dimulai dgn bhgian kastard dan di akhiri dgn kek.

8. Satu petua..gunakan tin utk membakar kek tadi. Cuci tapi tidak payah guna sabun. Cuma buang kerak2 yg tinggal,keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk menggris loyang tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk di keluarkan.[yg ni i x buat ikut petua sbb i x yakin kek tu nk kuar sndri nt..haha..so i gris je dgn minyak jagung senipis mungkin]

*waktu pembakaran kek mgkin berbeza mengikut jenis oven kot sbb i terpaksa extend another 20mnt utk kek i masak sempurna..oven xde jenama la katakan..huhuhu

Pic ni adalah salinan sndri,bukan curik kat mana2 ye..penat i snap..hahaha

No comments:

Post a Comment