Wahai rakyat Malaysia sekalian… tahukah anda bahawasanya
anda dikehendaki menyediakan pas perjalan sekiranya anda ke Sabah? Ya betul,
Sabah, yang merupakan salah satu negeri di dalam Malaysia. Sarawak? Pun sama. Tapi
aku nak cerita yang Sabah sahaja ya sebab sekarang ni aku menetap di Sabah. Kot2
esok lusa aku menetap kat Sarawak , baru aku cerita pasal pas untuk Sarawak
pula ya. Sesiapa sahaja warganegara Malaysia yang menjejakkan kaki ke Sabah
akan menerima slip kecil comel molek macam saiz slip resit yang korang dapat
kat pasar raya tu ha. Cuma dia lebar sikit je. Kat slip tu dia akan bagitahu
korang bahwa korang hanya dibenarkan menetap di Sabah selama 90 hari sahaja
dengan slip tu. So bila korang dapat slip tu di airport, jangan memandai-mandai
kerenyuk campak merata macam yang selalu korang buat dengan resit pasar raya
korang tu. Kalau tak, jenuh la korang berjawab kat imigresen bila korang nak
keluar dari Sabah. Bila nak balik semula tempat korang, dengan kata lain nak
keluar dari Sabah, sila kemukakan slip tu bersam-sama IC korang di kaunter
imigresen airport. Ini untuk kes yang dating kejap-kejap je macam yang kaya
datang melancong2 atau melawat sanak saudara yang menetap disini.
Untuk yang menetap disini, seperti mencari rezeki disini
atau berkahwin dengan Sabahan yang ensem2 macam kes aku, korang adalah
dinasihatkan untuk membuat satu buku passport domestic berwarna biru. Nama buku
tu DOKUMEN PERJALAN TERHAD-DPT (sila
rujuk gambar). Untuk dapatkan buku ni kena bayar ye adik akak sekalina. Bukan
free. Masa aku buat tu tahun 2014, RM5 untuk tempoh 5 tahun. Murah je. Buku tu
sebijik macam passport international yang merah tu,warna je lain. Bak kata Kaka
“buku merah jangan lupa bawa..”..eheh..tak mampu hakak nak nyanyi deknon,kang
banjir. Masa mula2 pakai buku tu,korang akan di cop notis 90 hari, sama macam
dalam slip tu. Pastu, korang kena pergi imigresen sekiranya korang berniat nak
menetap kat sini. Untuk menetap di sini,kena ada jaminan/penjamin. Macam aku,
diseabbkan aku berkahwin dengan warga tempatan Sabah, maka penjamin aku adalah
suami aku sendiri. Manakala yang bekerja, majikan mesti jadi penjamin korang. Untuk
yang bekerja, korang tak payah susah-susah uruskan. Company/jabatan korang yang
akan uruskan. Macam aku pun, aku bekerja jugak. Mula-mula company aku nak jadi
penjamin. Diorang nak dpatkan permit bekerja (macam foreigner dah aku rasa). Dah
2 tahun aku uruskan, tapi tak siap2. Aku memang kerap fly balik. Setiap 3 atau
4 bulan aku mesti terbang balik. Huwahaha. So bila aku nak balik, aku mintak la
DPT aku. So ejen tu tak sempat siapkan, dia bagi je DPT tu kat aku. Tapi, DPT
aku tu dah di cop SPECIAL PASS. Ahad ni aku nak balik kampung untuk beraya. Kes
yang sama jadi lagi. Aku punya permit tak siap. So, ejen tu minta RM50 kalau
nak uruskan . Tak hinging aku nak bagi free2 je kat diorg. Dah lama aku bg DPT
aku kat diorg tapi tak siap2. So, aku decide untuk uruskan sendiri.
Semalam, aku pergi imigresen. Bila sampai di imigresen, aku
cerita la kat kaunter pelanggan dia tu. Congcang congcang cingcong,then pegawai
tu suruh suami aku jadi penjamin, senang. Eheh..hari tu diorang jugak suruh
majikan jadi penjamin. Aku pun ok je la. Lagi senang kan. Tapi disebabkan tak
sempat dah nak uruskan semua tu, dia cuma minta salinan tiket flight dan salinan
IC untuk diorg bg cop SPECIAL PASS.
Haru jugak la aku di buatnya nak kena turun plak print tiket flight. Nasib baik
sebelah bangunan gov ni ada tempat nak online & print bagai. Sekejap sangat
urusan,5 minit siap. Tak sampai kot 5 minit.
Untuk suami jadi penjamin, dokumen yang diperlukan adalah:
- · SURAT IRINGAN DARI SUAMI/JABATAN
- · SALINAN MYKAD PEMOHON & PENGANJUR (penganjur tu en.somi lerr)
- · BUKTI PERTALIAN (SURAT KAHWIN/SIJIL LAHIR) (kalau anak,kemukakan sijil lahir ye)
Aku rasa, kalau jabatan jadi penjamin sama je kot dokumen
yang diperlukan.
Walaupun kita 1 Malaysia, tapi di Sabah kita adalah warga
asing..eheh,boleh ke aku cakap macam tu? Ye la, aku pernah skali tu,expired dah
pass aku, aku langgar je imigresen. Bising pegawai imigresen kat airport tu,
siap panggil bos dia. Even suami aku pun bengang dengan prosedur ni semua. Terasa
macam orang asing betul bininya. Hahaha..tu la, kera di hutan disusukan, anak
dirumah dibiar kelaparan..
Lupa nak bagitahu. Untuk warga semenanjung, kita perlukan
pass untuk masuk Sabah dan juga Sarawak. Tapi mereka tak perlukan sebarang pass
untuk masuk semenanjung. Ya, betul tu. Manakala untuk memasuki Sarawak, orang
Sabah pun kena guna pass, bukan org semenanjung je ya. Hanya Sarawakian sahaja
yang bebas bergerak di Negara ini. Nanti aku cerita macam mana nak buat DPT ni
ya. TAMAT.
Pas lawatan kena bayar tak?
ReplyDeleteyg RM5 tu la bayaran dia..nk buat baru or nak renew sama je kalau tak silap..untuk tempoh 5 tahun..
DeletePas lawatan kena bayar tak?
ReplyDeleteKlu pas lawatan dh tamat dah lama sangat n kita bekerja di sarawak..nak blik semenanjung mcm mn?urgent nie pada yang tau prosedurnye
ReplyDeletepergi je imigresen untuk renew..Tak pe walaupun dah expired,yang penting masa nak keluar dari Sarawak tu,pass dah renew. Kalau tak takut tak lepas je kat imigresen airport tu. Sebab sy dah pernah keluar masa pass lawatan expired, lepas tu tak renew. Nasib baik bersoal jawab je,then dia lepaskan. kalau dia tahan kita dari naik flight tu yg takutnya.
DeleteSalam . Jd kalau tak bawa passport biru di airport kk .tkpa jgk kah .
DeleteSlip tu kena dapat kat mana?? Yg passport tak berapa nak faham?? And kalau nak ke Sabah nak kena bawa apa2 document selain ic??
ReplyDeleteSama le....ini kes nak renew DPT anak2...ank2 dah ada ic belaka seorg darjah 6 dan seorg tingkatan 2.....nak juga kemukakan surat lahir....emmm dah masing2 ada ic...mana dah nk bawa surat lahir bagai....adui kenapalah susah sangat nak renew je pun...lain la nk baru nak buat DPT.....
ReplyDeleteSo tak bolehlah renew DPT yg tamat tempoh 12/12/2016.....so ank2 nanti masuk Sabah guna ic je lah....nanti kita buat kat Sabah je lah....emmmm ya Allah permudahkan urusan perjalanan kami nak balik semula merantau demi negara kembali bertugas mendidik ank bangsa.
DeleteMai Imigresen di Sungai Petani dalam kenangan.
Deletekalau DPT dah expired lebih 3 bulan, xpe ke baru nk pergi renew? or ada denda dikenakan? sy lupa renew DPT. Bulan 1 ni dah nk balik semenanjung. takut pulak
ReplyDeleteMf mencelah.. Nk tny mcmna ya masa kjadian,? Kna tahan kat imigresen ke sis? Sy pun mngalami mslh yg sma.. Hujung bln ni nk blik, tp sy punya slip tu dal lbih 90hari..kena denda apa2 ke sis?
DeleteHai kak,sya nak tanya apa yg jadi bila balik lebih masa, kena denda berapa ya ,saya da lebh 3 bulan , blh tlng bagi info ka , trima kasih.
Deleteslip kecik tu nak dapat kat mana ye?
ReplyDeleteKalau nak melawat sana, boleh ka kita buat kat imegresen kt air port sana je? Just brtanya.
ReplyDeleteBoleh
Deletesalam.. nak tanya.. saya tak ada pasport.. so macam mana nk mohon pas lawatan ni ya..
ReplyDeletesalam.. nak tanya.. saya tak ada pasport.. so macam mana nk mohon pas lawatan ni ya..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteklu setakat melawat/bercuti yang tak perlu lebih 90 hari...guna IC je & serah kat kaunter imigresen & akan dikeluarkan slip pas lawatan utl 90 hari. atau jika guna pasport antarabangasa, pas lawatan akan dicop di dalam pasport. Utk kanak2 bawah 12 tahun...MyKid & surat beranak elok bawa sekali. Jika kanak2 tersebut bukan anak kandung...perlu ada surat kebenaran ibubapa/penjaga.
Deletemaknanye aku xperlu buat passport lah kalo setakat p sarawak seminggu dua yea...kasi IC jer..gtue??
DeleteMana nak dpatkan surat kebenaran ibubapa/penjaga?
DeleteKalau anak angkat, wajib ada surat hadanah yg dikeluarkan oleh Mahkamah. Saya ada 3 orang anak yatim bawah jagaan saya dan dikeluarkan oleh mahkamah syarie. Tanpa surat tu, tak boleh bawa anak2 itu, pasti dihalang oleh JIM.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekak , kalau kawin dengan perempuan sabah , bini boleh jadi penjamin tak
ReplyDeleteslam klau da ada psport tpi tade pass to..lpas ta naik flight ye?
ReplyDeletesalam, kalo aku nie takde pasport tapi nak p sarawak makan angin seminggu dua..perlukan passport atau sekadar IC aja.. nak tau..xpenah lagi p sarawak..
ReplyDeleteOrang Sabah masuk ke Sarawak, tak tda problem. Guna MyKad saja. Tempoh pun tidak dihadkan. Dan sebaliknya. Orang SM, Saya belum hatam peraturan dia.
DeleteJika belajar di sabah,kita juga kena sediakan dokumen perjalanan terhad? Berapa lama tempohnya disahkan?
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteNak tnya Kalau saya org sabah pegng ic mrah penduduk tetap.bolekah Kita pigi Sarawak selamat 2 Hari utk hntr anak Masuk UITM?.. Mohon pencerahan
Pemegang PR WAJIB ada Pasport. Misalnya seorang PR dari Filipina, pasportnya mesti hidup sebab dia bukan WN. Dia masih berstatus WN negara asal dia.bila sampai masanya, dia bolehlah memohon WN (dahulu) dan jika nasib permohonannya diluluskan, baharulah status dia bertukar jadi WNM, dan bolehlah memohon MyKad di negeri tempat dia menetap. Pasport negara asal akan terbatal dan perlu diserahkan.
DeleteKak sy nak tanya..sy org smenanjung dtg sabah.. Seorang ibu tunggal..klu sy nak renew resit sy untuk tinggal lama sikit boleh ke?
ReplyDeleteKalau guna dokumen sementara sebab ic rosak bleh tak pergi sabah
ReplyDeleteSis, kalau saya nak belajar di sabah selama 4 tahun, macam mana sis?
ReplyDeletegi ke sabah. nanti majikan atau kerani kolej buatkan student pass(passport biru)
DeleteSkg kes aku ni cam ni aku pakai pasport imm13 visa jaminan suami di semenanjung dan skg aku d semenanjung .. aku nk p sabah tinggal dan nanti pasport nk tmt bru dtg renew smnjung ni ... apa ya d perlukn ya sekiranya saya p emegresen sabah nti untuk tinggal lebih masa di sabah ?
ReplyDeleteNak bertanya kalau dah terlebih 90hari tu apa akan terjadi yee? Sebab tiket flight dah beli dekat imigresen sana apa ynmg jadi ye? Boleh kasi info tak lgi beberapa hari dah nak fly kl balik
ReplyDeleteNak tanya, saya dari semenanjung ke sabah and guna ic je boleh ke nak renew pas lawatan sosial 90 hari tu?
ReplyDeleteSurat iringan tu cmne ye?
ReplyDeleteKalau nak bawak ibu bapa boleh ke kak utk menetap di Sabah? Saya pegawai dari semenanjung terima arahan pindah ke Sabah
ReplyDeleteSalam. Saya ibu tunggal. Macam saya nk menetap di sabah dan bekerja di sana kena tanya dan buat buku passport biru di smenanjung atau imegresen sabah? Tolong jawab sis, urgent. Tqsm
ReplyDelete