Assalamualaikum dunia...
Bangunlah semua..
Ehem, terfeeling Faizal Tahir pulak dah. Hadirnya saya di sini nak bercerita dan berkongsi kisah diri sendiri yang kena pakai simen di kaki! Hah, tak di sangka2 aku antara umat manusia yang di takdirkan kena pakai simen dalam hidup aku.
Kisahnya bermula bila aku dapat kemalangan kecil masa jalan-jalan cuti-cuti Malaysia kat Langkawi dengan family aku. Yang patahkan kaki aku, laki aku! Beraninya dia patahkan kaki anak org depan mak bapak dia. Ish..ish..ish...nasib baik dah jadi laki bini. Kalau baru jadi calon, abislah gagal interview. Huwahaha.
Yang patahnya cuma tulang di bahagian ibu jari aku, bukan kaki besar pun. Tapi sakitnye tu, Allah je yang tahu. Masa kejadian, kami baru balik dari Island Hoping, kat jeti pekan Rabu. Aku baru je naik van (Nissan-Urvan yg kami sewa) masa tu sambil dukung anak aku yg tgh tidur. Naik2, terus la aku nak letak anak aku yg lena tu tidur kat kerusi sebelah aku. Baru je aku letak anak aku, PAP!!!! Kaki aku kena hentak dengan extra seat, depan seat aku. Boleh pulak laki aku tarik seat tu x tengok pun kaki aku yg landing lagi kat situ. Tak menyempat! Aku apa lagi,menjerit la. Semua terkejut. Mengucap abah aku dengar. Pastu semua buat macam biasa & teruskan perjalanan balik ke homestay kat pekan Kuah yg jaraknya cuma 5-10 minit je dr situ. Aku pulak, sepanjang perjalanan pegang kaki aku tu, menahan sakit yang teramat. Makin lama makin sakit. Berdenyut, lepas tu bengkak. Luka memang tak nampak, kesan darah ke lebam ke memang tak nampak. Sampai je kat rumah, nak turun dari van tu barulah terasa azabnye. First step aku nak pijak lantai tu, terus aku menjerit & menangis. Laki aku try papah aku masuk rumah tapi aku memang tak tahan. Kaki yang kena tu kaki kanan. Memang langsung aku x dapat jejak tanah. Samapi kat pintu aku terus terbaring depan pintu. Laki aku try comfort kan aku. Abah aku try pegang2 kaki aku. Skali kena sentuh skali aku menjerit. Meraung2 la aku kat rumah tu, menagis tahap gaban. Pastu abah suruh pergi hospital. Abah risau takut ada retak sebab hentakan kerusi tu memang super kuat. Aku angguk je bila abah ajak gi hospital sebab memang tak tahan gila. Langsung tak boleh bergegar. Lagi satu, mungkin sebab baru kena, so rasa sakit tu memang agak merobek jiwa raga la. Abah dengan adik aku, angah angkat aku masuk van. Laki aku standy bukak pintu van. Angah dgn laki aku bwk g hospital Langkawi yang tak termasuk dalam tentatif lawatan aku langsung!
Sampai kat hospital, terus pergi bahagian kecemasan. Masa kejadian hari Ahad. Kalau kat Kedah Ahad depa keja. Jadi bahagian kecemasan tu tak ramai orang. Sunyi je. Terus aku di tolak masuk dengan wheelchair. Di pendekkan cerita lepas MA check, dia refer aku kat doktor. Pastu doktor suh buat x-ray. Aku x tau lagi condition kaki aku masa tu. Orang x-ray tu pun x cakap apa. Masa jumpa doktor lepas tu, baru la doktor bagitau ibu jari aku patah. Aku memang tak berapa nak percaya la sebab puncanya sikit je, kerusi lipat je pun. Aku tengok gambar x-ray. Nampak macam retak. Aku tanya doktor betul2, retak ke patah? Doktor beria mengesahkan patah bukan retak. Pastu dia kata aku kena pakai cast iaitu simen. Aku iyakan je la. Dah nama pun patah, simen la jawabnya.
Sebelum masuk bilik simen, tukang pasang cast tu bagi dua pilihan cast; simen putih yang selalu orang pakai tu atau jenis fiberglass. Soalan aku yang pertama, yang mana satu cepat baik? Hahaha.. Dia cakap sama je cuma bezanya fibreglass ni ringan tapi kena bayar. Yang simen putih tu berat tapi FOC. Aku x sempat fikir, terus husband aku jawabkan “saya nak fibreglass”. Aku kena pakai cast sampai betis walhal yg patah ibu jari je! Dia kata kena pakai 3 gulung, satu gulung RM60. So, RM180 la kos cast aku. Sekejap je pasang nye. Mula2 diorang sarungkan stoking khas, pastu balut dengan kapas. Last skali baru balut fibreglass tu. Fibreglass tu macam bandage tapi bandage tu kain kan,yg ni macam plastik. Masa dia balut kaki aku tu, dia spray skali gam nye. Terasa panas skit la. Ala, macam gam gajah kalau pegang, panans kan. Sama la tu. 10minit gitu siap. Terus fibreglass yg lembut boleh gulung2 tadi jadi keras giler. Aku duk main ketuk2 lagi. Dia kata kena pakai sebulan,x boleh kena air. Aku dah haru dah sebab lagi 4 hari aqiqah anak aku. Tak pasal2 aku aqiqahkan si adik bertongkat. Balik dari hospital langkawi tu terus singgah pekan Kuah cari tongkat. Nasib baik senang je cari farmasi. Untuk tongkat yang aku pakai ni, sepasang RM69 je.
Tatkala kisah ni ditulis, aku baru je bukak cast 2 hari yang lalu. Next entry aku cerita pasal bukak cast pulak ye.
Mita no pm bole
ReplyDelete